Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) Terhadap Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

Apakah itu FBP:

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan perkara yang menarik kerana pembentukkanya di pengerahi oleh pelbagai pandangan falsafah lain. Oleh itu, asas pemikiran aliran falsafah lain mampu dilihat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Antara aliran falsafah yang mempengaruhi Falsafah pendidikan kebangsaan ialah Falsafah Pendidikan Barat.

Aliran Tradisional:

Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu pendidikan tradisional dan pendidikan moden. Dalam pendidikan tradisional terdapat Esentialisme yang bersifat fleksible dan memengtingkan pembentukan peribadi dengan kurikulum tersusun yang menekakan kemahiran menulis, mengira dan membaca.

Selain itu, terdapat aliran perenialisme yang dipengaruhi fahaman idealisme. Aliran ini juga berpendapat moral dan rasional manusia semakin merosot maka demi menyelamatkan manusia dari kepupusan dengan memastikan pendidikan mengutamakan perkembangan potensi rasional individu dan fahaman dunia sebenar.

Aliran moden:

Aliran pendidikan moden pula mempunyai tiga cabang. Antaranya ialah progressisvisme yang berfokus pendekatan induktif untuk mencapai objektif pendidikan. Dalam aliran ini pelajar diberikan kebebasan dari aspek fizikal dan mental agar bakat dan kemampuan kendiri mereka berkembang tanpa rintangan dari orang lain.

Seterusnya, aliran moden juga mempunyai eksistensialisme yang mengutamakn pembelajran sendiri dan bukan mencari ilmu. Oleh itu, pelajar hanya perlu berfokus kepada ilmu pengetahuan yang berkesan kepada individu berkenaan sahaja.

Selanjutnya, aliran ketiga iaitu rekonstruktionisme yang terhasil dari progressivisme. Aliran ini berfokus kepada pembaikian dan penambahbaikkan masyarakat. Tujuan utama pendidikan dalam aliran ini adalah untuk menghapuskan gejala sosial dan berfungsi untuk meningkatkan keadaan manusia.

Bagaimana FPB mempengaruhi pembuntukkan FPK:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ditubuhkan sebagai modal dan petunjuk untuk sistem pendidikan di Malaysia agar taraf pendidikan Malaysia mampu bersaing dengan pendidikan negara lain. Oleh itu, penggubalan sistem pendidikan menggunakan pelbagai aliran falsafah agar menjadi dasar dan pertimbangan untuk menetapkan matlamat pendidikan yang sempurna.

Hasrat Falsafah pendidikan kebangsaan ialah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, mewujudkan insan yang sempurna. Selain itu, berhasrat untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang harmonis dan berketerampilan. Falsafah ini beranggapan yang pendidikan ialah usaha untuk mencapai hasrat negara.

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi Falsafah pendidikan barat kerana mempunyai beberapa ciri yang sama. Antaranya ialah aliran tradisional Esentialisme yang memengtingkan kurikulum tersusun dan aliran moden, rekonstruktionisme yang berfokus kepada pembaikkan masyarakat dan mengunakkan pendidikan untuk menghapuskan gejala sosial.

Kesimpulan:

Konklusinya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan terbukti dipengaruhi oleh falsafah pendidikan barat semasa pembentukannya kerana Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai ciri-ciri dari falsafah aliran Esentialisme dan rekonstruktionisme.

Comments

Popular posts from this blog

Pengaruh Cabang Falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Manfaat dan Cabaran Pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia.